Showing posts with label diy. Show all posts
Showing posts with label diy. Show all posts

Wednesday, 26 August 2015

diy lampu simple

assalamualaikum semua...

hari nie nak tambah lagi satu diy yang paling simple,bahan pon mudah nak dapat.mana tahu ada kegunaan satu ari nanti tak payah susah-susah nak beli,jimat sikit...

barang yang anda perlukan adalah seperti:
-gunting
-botol mineral
-tali
-bunga hiasan
untuk hiasan anda boleh guna apa saja mengikut kreativiti masing-masing.
1) gunting botol mineral,kalau yg ada shape lagi bagus
2) bakarkan sikit bahagian atas gunakan lighter supaya tiada bucu tajam,then cover ngan tali mengikut cara anda sendiri.
3) hiaskan ngan hiasan bunga atau hiasan yang cantik.
done!!!
saya gunakan sebagai lampu malam.inilah hasilnya,anda juga boleh gunakan sebagai bekas pen jugak.
adik-adik bolehlah mencuba dirumah yea.
happy diy!!!

Sunday, 23 August 2015

diy sofa lama...macam baru???

assalamualaikum semua....
hari nie sy akan tunjukkan camne nak tukar penampilan sofa lama nampak cantik....untuk kali nie saya masukkan diy pertama dalam label diy...kalau sy boleh lakukan,pasti anda juga mampu lakukan!!!hah.....
untuk makluman sofa yang saya beli berusia lebih 5 tahun.dek kerana mase tuh antara barang yang boleh nampak sampai hari nie melalui gaji yang sy terima setiap bulan ,jenuh jugak nak bayar tiap bulan..almaklumlah gaji saya sikit mase tuh..baru nak belajar beli barang,bile dye tulis rm3++ siap boleh bayar ansuran lagi,rambanglah mata.....disebabkan kerambangan mata saya menyebabkan saya tersilap langkah dengan membeli sofa nie...nama pon sofa murah,kualiti pon so...so...kureng!!adeh....

ini adalah kekurangan kualiti yang saya katakan tadi...saya terpaksa menambah papan sebab kain bawahnya dah berlubang.:(
rambut pon selalu melekat kat sofa tue,memang penat nak bersihkan,apa yang saya buat adalah....
saya beli cadar kat pasar malam sekitar rm15 ke rm20,sy pilih warna berdasarkan kesesuaian sofa saya.
then,balutkan cadar mengikut shape sofa saya....
untuk menambahkan lagi keceriaan sofa saya,saya tambah bantal dan sebagainya.anda juga boleh tambahkan barangan lain yang pasti menarik perhatian tetamu yang mengunjungi rumah anda,diharap diy ini boleh membantu sesiapa yang menghadapi masalah yang sama seperti saya,nak lagi sofa murah,orang yang repair sofa pon reject nak betulkan sofa saya,dye suh beli baru...bukan x mampu nak beli baru,bagi saya sofa nie ada nilai sentiment yang tersendiri bagi diri saya...ceeeewahhh!!!happy diy...